Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Ahad, 8 April 2018

Penceramah Bebas Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya,Patang Tulang Punggung


SELANGOR- Seorang penceramah bebas yang amat terkenal dengan misi kemanusiaan  Masjid Al Aqsa serta isu mengenai Palestin iaitu Ustaz Amin,42,dilaporkan telah terlibat didalam kemalangan jalan raya di Jalan Bukit Rotan-Kuala Selangor.

Beliau dilaporkan telah mengalami kecederaan patah tulang punggung.Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 6.30 petang semalam.

Penceramah bebas yang dikenali sebagai Ustaz Amin ini atau nama sebenarnya  Muhammad Abdullah Al Amin adalah Pengasas dan  Pengerusi Yayasan Al Amin.

Menurut laporan, beliau dikatakan dalam dalam perjalanan untuk pulang ke rumah di Subang Jaya telah dirempuh sebuah bas persiaran dari arah bertentangan jalan raya.

Pada ketika itu beliau turut membawa isteri ,dua orang anak serta pembantunya dalam perjalanan pulang selepas selesai program keluarga.

Namun, secara tiba-tiab sebuah bas persiaran yang berada diarah bertentangan dilaporan telah hilang kawalan lalu merempuh kereta Ustaz Amin dan dua buah kereta lain.

Sepasukan anggota bomba telah arahkan ke lokasi kejadian.Walau bagaimanapun,pihak bomba terpaksa mengeluarkan beliau yang  tersepit di tempat duduk pemandu.

Ustaz Amin dan keluarganya telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke Sime Darby Medical Center

Isterinya yang berusia 35 tahun dipercayai telah terkena serpihan kaca ketika kemalangan itu manakala dua orang anak dan pembantunya hanya mengalami cedera ringan.Editor: Nora








Tiada ulasan:

Catat Ulasan