Peminat Doakan Hafiz Suip Istiqamah Kerana Tampil Dengan Imej Baru.


Penyanyi yang cukup terkenal dengan kelunakan suara Mohd Hafiz bin Mohd Suip atau lebih mesra di panggil Hafiz Suip ini dilahirkan pada 27 Februari 1990.Nama beliau mula melonjak naik setelah menjuari pertandingan Akademi Fantasia pada musim ketujuh.

Sememangnya nama Hafiz Suip tidak banyak ditimpa dengan kontroversi didalam industri hiburan ini kerana beliau bijak menjaga nama baiknya daripada terpalit dengan gosip panas.

Kini penyanyi kelahiran Sarawak ini telah tampil dengan imej berbeza dan selalu mengenakan serban berserta jubah.

Menerusi laman Instagram milik penyanyi ini,kelihatan beberapa keping gambar yang menunjukkan Hafiz bersama rakan-rakannya berada didalam masjid dengan memakai serban berserta jubah.

Salah satu daripada gambar itu berkapsyen kan "Assalamualaikum..iktikaf di dalam masjid pusat puspen dimana kita berikram dan mengeratkan silaturrahim sesama insan bagi mengerjakan suruhan Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW".

Rata-rata peminat Hafiz kagum melihat perubahan besar ke atas dirinya setelah bergelar seorang ayah.Peminat Hafiz juga mendoakan agar penyanyi ini sentiasa istiqamah dalam mencari keredhaan Allah swt.

Salah seorang daripada peminatnya menulis" Subhanallah.. Semoga Allah terima pengorbanan @hafizsuip.

"Good example bro !! @hafizsuip",tulis arepmanap

"Alhamdulillah bangganya aunty tgk. Barakallah semoga dilimpahkan rezeki sentiasa dlm rahmat dan berkat hidup dunia akhirat", tulis hjhrajaradziah

"Alhamdulillah. Semuga Allah kurniakan kebaikan yang banyak pada kita di dunia & di akhirat. Amin",tulis lsmisc2013.

"Moga kita sama2 istiqamah dalam usaha agama Pis!! Inshaallah",tulis apiskalid.Editor-Nora.Sumber-Astro Awani