Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Jumaat, 6 April 2018

Pelajar Kolej Nyaris Diratah Lelaki Dalam Bilik Hotel.



Kuala Lumpur: , Seorang gadis berusia 23 tahun hampir menjadi alat pemuas nafsu seorang lelaki dalam kejadian di sebuah hotel di Jalan Binjai, Kuala Lumpur, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa hanya mengenali lelaki berkenaan menerusi laman sembang Mr Gentleman, sebelum bersetuju berjumpa dengan suspek selepas mengenalinya sejak beberapa bulan lalu.

Menurut pihak polis, kejadian berlaku pada 11.30 malam apabila mangsa yang juga pelajar kolej swasta bersetuju berjumpa dengan suspek selepas mengenalinya sejak beberapa bulan lalu menerusi laman sembang berkenaan.
  
“Mangsa bersetuju berbuat demikian kerana suspek, 30-an, itu akan membayar yuran pengajian gadis berkenaan selain turut menanggung perbelanjaan lain.

“Sebaik tiba di hotel berkenaan, suspek meminta mangsa untuk naik ke biliknya berikutan tidak mahu rakan lelaki terbabit mengetahui kedatangan gadis berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, sebaik tiba di bilik berkenaan, mangsa melihat terdapat seorang gadis lain berada dalam keadaan bogel bersama lelaki itu.

“Mangsa kemudian ditarik menyebabkannya terjatuh lalu kepala terhantuk ke bucu katil sebelum kaki dan tangannya diikat.

“Lelaki berkenaan turut menanggalkan pakaian mangsa sebelum bertindak mencabulnya walaupun mangsa berulang-kali merayu supaya dilepaskan,” katanya.

Katanya, mangsa diperlakukan demikian dalam tempoh beberapa jam oleh suspek, manakala seorang lagi gadis yang berada di dalam bilik berkenaan hanya memerhatikan saja.

“Mangsa bernasib baik apabila suspek mahu ke bilik air dan kesempatan itu diambil untuk gadis berkenaan untuk melepaskan diri sebelum meminta pertolongan daripada pekerja hotel terbabit.

“Berikutan kejadian, mangsa luka di dahi dan lebam pada anggota badan sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Selain itu, siasatan awal mendapati suspek dipercayai aktif menggunakan media sosial dan laman sembang untuk mengumpan gadis dengan menggunakan wang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Katanya, kes sudah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut. - Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan