Pekerja Lori Sampah Terkejut Jumpa Mayat Bayi


SHAH ALAM-  Penemuan mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru sahaja dilahirkan telah ditemui dalam tong sampah di Pusat Komersial, Seksyen 7,Shah Alam.

Lebih menyedihkan lagi,mayat bayi malang ini ditemui dalam tong sampah oleh sekumpulan pekerja lori sampah yang sedang memunggut sampah pada ketika itu.

Laporan menyatakan bahawa kejadian itu berlaku sekitar pukul 8 pagi.Menurut Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ,Ketua Polis Daerah Shah Alam, berkata, bayi tersebut dijumpai dalam keadaan dia dibalut menggunakan surat khabar lama dan telah dibungkus dalam beg plastik.

Sebaik sahaja pekerja terbabit menemui mayat bayi lelaki ini,pekerja tersebut telah membuat satu laporan di Balai  Seksyen 7.

Manakala,mayat bayi lelaki ini telah dihantar ke  Hospital Shah Alam bagi dibedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta untuk tampilkan diri bagi membantu pihak polis.Editor: Nora