Pegawai SPRM Diugut Dengan Peluru Hidup.


PUTRAJAYA - Menurut dua orang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereka telah menerima satu ugutan dengan cara sebutir peluru hidup diletakkan pada peti rumah masing-masing.

Perkara itu telah di sahkan oleh Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, kedua-dua pegawai kanan itu bertugas di dalam Ibu Pejabat SPRM.

Walau bagaimanapun,salah seorang daripada mereka telah menerima ugutan itu bersama-sama dengan sekeping nota amaran semalam, manakala seorang pegawai lagi menerima ugutan peluru hidup petang semalam dirumahnya.

Menurut Datuk Seri Azam Baki,pihaknya tidak menolak sekiranya ugutan tersebut mempunyai kaitan dengan kes-kes yang sedang disiasat oleh SPRM.

Kini,kedua-dua pegawai kanan yang berpangkat Jusa C ini telah pun membuat laporan polis bagi mengelakkan sebarang kejadian berlaku.

Meskipun telah menerima ugutan tersebut,pihak SPRM akan tetap melaksanakan segala tugasan yang diberikan dengan sempurna.Sumber- Utusan Online. Editor- Nora