Patutkah Saya Beri Peluang Atau Mintak Cerai Sahaja?


Tiada manusia didalam dunia ini yang menginginkan rumah tangga yang dibinanya menjadi kuca kacir.Setelah segala pahit manis yang ditempuhi bersama pasti ianya akan menguatkan lagi ikatan perkahwinan yang dibina sekian lama.

Kisah ini telah diceritakan oleh seorang insan yang bergelar isteri dan tujuannya bukanlah untuk mengaibkan si suami hanya sekadar perkongsian bagi mendapatkan pandangan daripada orang ramai.

Menurut si isteri,dia amat terkilan dan terluka dengan sikap suaminya makin  hari makin banyak perubahan didalam dirinya.

Si suami sememangnya bertanggungjawab terhadap keluarga namun dia mudah terpengaruh dengan kawan-kawan baiknya sehinggakan si isteri tidak menyukai suaminya berkawan dengan kawan-kawannya itu ,iyalah orang bujang jadi apa sahaja yang mereka lakukan tidak perlu berfikir panjang.Lebihnya pengaruh buruk yang dibawa berbanding dengan pengaruh baik.

Disebabkan itu,mereka berdua seringkali bertikam lidah dan bermasam muka.Namun,ada juga salah seorang kawan baik si suami menyatakan bahawa di takutkan bini,jadi si suami tadi malu kerana dituduh sedemikian.

Memandangkan si suami bekerja dua syif iaitu siang dan malam jadi masanya untuk berada dirumah meluangkan masa bersama anak bini amatlah terhad sehinggakan si isteri tadi seringkali merasa seperti terabai dan telah berfikir bahawa suaminya itu mempunyai wanita lain di belakangnya.

Apabila dilontarkan persoalan itu si suami tadi menafikan dakwaan tersebut ,sehinggalah pada satu hari telefon bimbit suaminya berada ditangan si isteri dan tidak lama kemudian telah masuk satu pesan ringkas ditelefon bimbit tersebut yang menunjukkan seorang wanita memanggil suaminya dengan panggilan manja.Hati isteri mana yang tidak hancur bila ditipu hidup-hidup.Namun,si isteri tadi tetap bersabar.

Pada mulanya si suami tidak mengakui akan perbuatannya,namun setelah didesak untuk bercakap benar akhirnya si suami mengaku telah bercinta dengan wanita tersebut.Perkenalan mereka baru seminggu dan mereka telah berkenalan di laman Facebook.Menurut si suami dia melakukan perkara itu kerana sakit hati apabila dituduh mempunyai wanita lain dan akhirnya si suami tadi benar-benar melakukannya.

Tambah si suami lagi, mereka hanya menghantar pesanan ringkas sahaja tidak lebih daripada itu dan sekarang suaminya tidak lagi berhubung dengan wanita tersebut.

Disebabkan kejadian ini si isteri seperti sudah hilang rasa kepercayaan terhadap suaminya.Menurut si isteri perlukah dia memberikan peluang kepada suaminya atau bercerai sahaja jika itu adalah jalan penyelesaian yang terbaik kerana si suami tadi seringkali bercakap bohong terhadapnya sehingga ke hari ini.Editor- Nora