VIETNAM: Baru – baru ini kita di gemparkan dengan berita
yang Kementerian Kebudayaan Vietnam Hanoi telah mengeluarkan arahan khusus
berkaitan pembinaan patung yang ‘tidak senonoh’ di bandar Hai Pong kerana
memaparkan arca dewa berkepala haiwan dengan alat kelamin manusia.
“Kami sebenarnya tidak mahu menutup patung-patung itu kerana
ia hanyalah karya seni, tapi kami mendengar dan bertindak susulan respons yang
diterima,” ujar Naib Pengarah Syarikat Pelancongan Hon Dau International,
Nguyen Trung Thanh, yang juga pemilik patung-patung itu.
Meskipun Vietnam mengalami reformasi ekonomi dan keterbukaan
terhadap perubahan sosial, negara acuan Komunis itu secara umumnya masih
konservatif tentang seks dan aksi bogel.
Arca-arca yang mencetuskan kontroversi yang dipamerkan di
sebuah resort percutian di bandar tersebut, telah dipakaikan dengan bikini dan
pakaian mandi, namun langkah itu ternyata mencetuskan rasa ingin tahu orang
awam.
Tindakan menutup bahagian tertentu pada patung-patung itu
hanya menambah tarikannya. Salah satu patung lelaki berkepala kuda telah dipakaikan
dengan skirt mini. Sebuah lagi, dengan kepala kambing, dipakaikan seluar renang
yang ketat.
Thanh malah pernah menukar pakaian dengan daun dan buah
untuk menutup bahagian yang dikatakan ‘tidak senonoh’, namun ia terus
mengundang perbualan di dunia maya.
Pihak kementerian bagaimanapun masih kurang senang dengan
kaedah itu. “Pembinaan arca patung dan pameran itu mempunyai nilai yang tidak
sesuai dan bertentangan dengan budaya Vietnam,” ujar kenyataan media
kementerian tersebut.
Tambah kenyataan itu lagi, patung-patung itu memberi impak
negatif kepada 'persekitaran budaya' dan 'selera estetika' masyarakat.
“Ada yang mengambil gambar, ada yang ketawa, ada yang malu.
Tapi tiada yang bertindak balas dengan kasar,” ujar Thanh, sambil menyatakan
bahawa tiada perancangan untuk mengalihkan arca-arca patung itu kerana lokasi
itu sudah ditetapkan sebagai tarikan untuk orang dewasa.
Thanh bagaimanapun menjelaskan, pihaknya memantau maklum balas awam tentang patung-patung yang sudah berada di lokasi itu sejak lima tahun lalu, namun tiada yang memprotes. Sumber: Astroawani - Editor: Adi
Thanh bagaimanapun menjelaskan, pihaknya memantau maklum balas awam tentang patung-patung yang sudah berada di lokasi itu sejak lima tahun lalu, namun tiada yang memprotes. Sumber: Astroawani - Editor: Adi