Papa Gomo Tarik Diri Bertanding Di Pandan.


KUALA LUMPUR: Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papa Gomo mengumumkan menarik diri dari bertanding di kerusi Parlimen Pandan.

Sebelum ini Wan Muhammad Azri Wan Deris mengumumkan akan menentang Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di kerusi Parlimen Pandan.

Menurut laporan Astro AWANI, dalam mesej video menerusi applikasi WhatsApp Wan Muhammad Azri Wan Deris tidak ikut bertanding kerana memberi laluan kepada MCA yang mewakili Barisan Nasional (BN)
"Saya Wan Muhammad Azri Wan Deris menarik balik hasrat untuk bertanding kerusi parlimen Pandan kerana sebagai ahli UMNO dan Barisan Nasional, saya akur dengan keputusan pucuk pimpinan yang meletakkan calon MCA bertanding di kerusi tersebut," katanya.

Sebelum ini, Wan Muhammad Azri pernah mengumumkan mahu bertanding Parlimen Pandan untuk mencabar Dr Wan Azizah PRU14 yang akan diadakan pada 9 Mei ini

Wan Muhammad Azri dilaporkan berkata mahu 'mengajar' Wan Azizah dan keluarganya. - Astro AWANI