Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Sabtu, 21 April 2018

Padah Tukar Warna Mata,Model Cantik Ini Menjadi Buta


AMERIKA SYARIKAT- Seorang model terkenal di Amerika yang dikenali sebagai Nadinne Bruna, 32,dikatakan menjadi buta selepas dia menjalami pembedahan menukar warna matanya di Colombia.

Menurut laporan,pembedahan tersebut dilakukan oleh seorang doktor yang tidak diiktiraf oleh Amerka Syarikat (AS).

Model terkenal itu dikatakan menetap di Miami dan sanggup terbang ke Colombia semata-mata untuk menukar warna matanya dari warna hazel ke kelabu.

Pemebedahan tersebut adalah memasukkan implant silikon ke dalam biji mata dan kos bagi pemedahan itu hampir mencecah RM11,600.

Malangnya,pembedahan tersebut telah mengakibatkan penglihatan mata model terkenal ini hilang 80 peratus di bahagian sebelah kiri,manakala di bahagian kanan pula 50 peratus.

Model cantik yang berasal dari Argentina ini,mendakwa sebelum ini dia penglihatanya sudah menjadi kabur dan merasa sakit berbulan-bulan setelah menjalani pemebedahan untuk memasukkan implan pada tahun lepas.

Disebabkan itu, dia terpaksa terbang semula ke Colombia buat kali kedua untuk merawat semula kedua-dua belah matanya namun,doktor tersebut tidak dapat membantunya sehinggakan model ini terpaksa terbang semula ke Miami dan meminta bantuan daripada doktor pakar di Miami.

Walau bagaimanapun,implan tersebut telah berjaya dikeluarkan namun,penglihatannya masih tidak dapat dikembalikan malah dia terpaksa menanggung penderitaan itu selama-lamanya.

Nadinne mempunyai kembar yang bernama,Danna mereka berdua sememangnya sering memuat naik gambar melakukan pemebedahan plastik di akaun Instagram.Selain itu,model terkenal ini juga sering mendapat tajaan untuk melakukan pembedahan plastik.

Menurut Nadinne,sebelum pembedahan mata dilakukan,matanya sihat,namun disebabkan terlampau naif dia telah nekad melakukan pembedahan ini tanpa sebarang kajian yang dilakukan terhadap klinik tersebut.Editor-Nora




Tiada ulasan:

Catat Ulasan