Padah Sebar Gambar Lucah Bekas Kekasihnya.


Padah sebar gambar lucah bekas kekasihnya di dalam media sosial,seorang Pengurus restoran telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun.Pertuduhan itu dibaca di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu,selepas suspek mengaku bersalah telah menyebarkan gambar berkenaan di dalam blog peribadi miliknya.

Tertuduh yang dikenali sebagai Mohammad Khairul Abidin Abdul Rahim, 34,telah mengaku bersalah terhadap segala pertuduhan yang telah dibaca.Keputusan tersebut telah dibuat oleh  Hakim Azman Mustapha.Tertuduh telah mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Laporan menyatakan bahawa,tertuduh telah menggunakan laman web Blogspot dan Wordpress dalam keadaan sedar dengan menghantar komunikasi yang berunsurkan lucah sebagai niat mahu menganiaya orang lain.

Kandungan lucah itu telah dimuat naik pada 16 Jun, 4 Julai dan 7 Julai 2015 dan mangsa telah membaca kandungan tersebut pada jam 3 petang di rumahnya di Chendering ,sebelum mangsa bertindak membuat asuan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Bagaimanapun, pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan hukuman penjara berjalan secara berasingan.

Perbuatan tertuduh dipercayai lebih kepada dendam akibat cintanya telah ditokak oleh mangsa.Sumber-Harian Metro .Editor- Nora