Padah Guna Mesin Urut Automatik,Wanita Ini Tersepit


SELANGOR- Rata-rata daripada kita pernah menggunakan kerusi urut automatik yang terdapat dikebanyakkan pusat membeli belah.Hanya bermodalkan RM1 ringgit sahaja mesin urut automatik ini akan menjalakan tugasnya.

Namun,pernahkan anda terfikir mesin urut automatik yang sering anda gunakan di puasat membeli belah ini mungkan akan menyebabkan anda tersepit?

Satu khidmat khas telah dilakukan oleh beberapa anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang bagi menyelamat mangsa tersepit didalam kerusi urut automatik.

Kejadian dikatakan berlaku di No 37344 Lorong Setia 3,Batu 19,Kuang,Selangor semasa mangsa sedang menggunakan kerusi urut automatik ini secara tiba-tiba bekalan elektrik telah terputus.

Disebabkan itu, mangsa wanita ini telah tersepit didalam kerusi urut automatik ini akibat daripada tekanan udara yang berada di bahagian kaki mangsa tidak dilepaskan semasa bekalan elektrik terputus.Editor- Nora