Nurliyana Meninggal Dunia Di Hospital Kuala Lumpur.


Hari ini kita digemparkan dengan satu berita sedih mengenai pesakit paratiroid, Nurliyana Abdul Raziff, 32 telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Berita sedih ini telah disahkan sendiri oleh bapanya Muhammad Radzi, 55,memaklumkan bahawa anak sulungnya itu telah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur,pada pukul 8.30 malam tadi.

Menurut bapanya,tekanan darahnya telah menurun sebelum arwahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Pihaknya masih lagi menunggu proses menuntut jenazah bagi tujuan pengebumian di lakukan,Jenazah Nurliyana akan di bawa pulang ke Banting terlebih dahulu untuk penghormatan terakhir.

Pembedahan bagi membuang kelenjar para tiriod di lehernya telah dilakukan pada 13 April yang lalu,namun selepas pembedahan itu, sekali lagi Liyana terpaksa menjalankan pembedahan buat kali kedua selepas arwahyarham mengalami masalah pernafasan akibat  kandungan karbon dioksida di dalam badannya  terlalu tinggi.Editor-Nora