Nekad Campak Anak Kandung Dari Atas Bumbung,Lihat Apa Yang Dilakukan Oleh Anggota Polis Ini


AFRIKA- Seorang insan yang bergelar 'ayah' nekad membaling anaknya berusia enam bulan dari atas bumbung rumahnya.Lelaki ini dikatakan bertindak sedemikian kerana mahu menghalang pihak berkuasa dari menceroboh rumah yang dibinanya secara haram.Kejadian ini berlaku di Afrika Selatan.

Suspek berusia 38 tahun dipercayai telah mengambil anak perempuanya yang berada di dalam rumah sebelum bertindak memanjat bumbung sebagai tanda protres terhadap pihak berkuasa yang telah menjalankan kempen merobohkan kawasan yang membina rumah secara haram di  Kwadwesi, Port Elizabeth.

Bagaimanapun, sepasukan anggota polis telah diarahkan ke lokasi kejadian bagi memujuk lelaki berkenaan.Sebaik sahaja pihak polis sampai di lokasi kejadian,suspek dikatakan telah menghayun anaknya ,lalu melemparkan  bayi malang itu tanpa rasa perikemanusiaan.

Lebih teruk lagi,tindakan bodoh yang dilakukan oleh suspek turut disokong oleh penduduk-penduduk setempat dengan menjerit "baling! baling!.


Walau bagaimanapun,bayi perempuan ini berjaya di sambut oleh anggota polis yang sudah menanti dari bahawa sekiranya bayi ini dilemparkan.Menurut laporan,bayi malang ini tidak mengalami sebarang kecederaan,manakala bapanya berjaya di tahan oleh pihak polis.

Seramai 150 orang penduduk yang menghuni dikawasan haram berkenaan bertindak membaling batu,menyekat perjalanan pihak berkuasa dengan membakar tayar kenderaan pihak berkuasa.

Suspek bertindak sedemikian untuk mempertahankan rumahnya serta rumah penduduk disitu daripada dirobohkan.Oleh itu,suspek bertindak mengugut akan membaling anaknya sekirnya kerja-kerja merobohkan rumah mereka tidak dihentikan.

Menurut jurucakap polis,Kapten Andre Beetge,berkata kejadian  tersebut berlaku pada pukul 10.40 pagi.Bagaimanapun,bapa kanak-kanak ini akan didakwa  oleh Unit Serangan Seksual, Keganasan Keluarga dan Perlindungan Kanak-kanak kerana cubaan membunuh anak kandungnya sendiri.


Bayi tersebut telah pun diserahkan kepada ibunya yang berusia 35 tahun,namun pihak berkuasa akan sentiasa memantau bayi tersebut bagi memastikan keselamatannya terjamin.

Kerja-kerja pengerobohan yang tergendala akhirnya berjaya dilakukan.Sumber-Daily Mail.Editor-Sofia