Murid Sekolah Dipaksa Tonton Video Lucah Oleh Cikgu.


INDONESIA- Seorang guru sekolah rendah yang mengajar di sebuah sekolah di daerah Glagah ,Jawa Timur, Indonesia dipercayai telah memaksa anak muridnya untuk menonton video lucah semasa pembelajaran sedang berlangsung.

Guru tersebut mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani disekolah terbabit sering memaksa pelajarnya untuk menonton video tidak bermoral itu setiap kali kelas berlangsung.

Guru yang berusia 57 tahun ini dikatakan akan menunjuk video klip lawak pada mulanya dan tidak lama kemudian guru terbabit menunjukkan video aksi tidak senonoh kepada anak muridnya.

Perbuatan jijik guru ini bukanlah kali pertama dilakukannya malah sudah kerap kali dilakukannya setiap kali dia mengajar.

Menurut sumber,guru ini akan menjadikan murid tahun satu dan tahun empat sebagai sasaran utamanya semasa dia mengajar.

Kesemua pelajar tidak kira lelaki ataupun perempuan mereka akan dipaksa untuk menonton video lucah berkenaan jika mereka enggan berbuat demikian,mereka akan didenda.Sumber- DetikNews.Editor-Nora