Mereka Yang Suka Tidur Lewat Bangun Awal Berisiko Mati Awal.


Tahukah anda bahawa gologan yang kerap kali tidur lewa malam dan bangun awal paling berisiko untuk meninggal dunia lebih awal menurut kajian yang telah dilakukan.

Kajian tersebut di buat ke atas lebih daripada 430.000 orang Britain yang dipercayai sering kali tidur lewat malam paling berisiko 10% untuk meninggal dunia berbanding dengan gologan yang tidur tepat pada masanya.

Meskipun,kelihatan remah dan seperti tidak masuk akal namun ianya tidak boleh dipandang enteng tulis kajian Malcom Van dari Universiti Surrey.

Tambahnya,gologan yang kerap tidur lewa dibenarkan memulakan dan menyelesaikan kerja mereka lebih lewat berbanding dengan mereka yang tidur tepa pada waktunya.


Kajian yang ditulis oleh seorang penulis daripada Universiti Northwestrn di Chcago Knutson berkata “Golongan yang kerap kali tidur lewat sehingga lewat pagi amat berisiko untuk mendapati pelbagai penyakit".

Kajian menunjukkan setengah juta manusia diantara 38 hingga 73 tahun telah memberikan jawapan daripada borang kaji selidik.

Sebanyak 27 peratus yang "suka bangun pagi","bangun pagi berbanding bagun waktu petang'sebanyak 35 peratus dan 'suka bangun petang berbanding pagi sebanyak 28 peratus,manakal golongan yang suka bangun petang sebanyak 9 peratus.


Kajian menunjukkan bahawa gologan yang tidur lewa malam amat berisiko sebanyak 10% untuk meninggal dunua lebih awal.

Manakala mereka yang sering kali berjaga malam,ada kemungkinan mengalami gangguan psikologi,diabetes dan masalah perut,termasuklah gangguan pernafasan kerana mereka hanya tidur hanya untuk beberapa jam sahaja.

Selain itu,mereka yang tidak mempunyai tidur yang mencukupi ,terjaga malam,ada kemunkinan akan mengambil dadah,alkohol serta ubat tidur untuk membuatkan mereka lena menurtu kajian daripada AFP.Editor- Nora