Memalukan!!! Emak Ayah Buat Maksiat, Anak-Anak Datang Jamin.


SATU serbuan telah dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu di sekitar bandar raya tersebut. Hasil daripada serbuan mendapati seorang lelaki bergelar suami orang telah berjaya ditahan oleh Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bersama-sama pasagannya iaitu janda anak empat bagi memuaskan nafsu masing-masing di sebuah bilik sewa di bandar raya Kuala Terengganu.

Menurut laporan,lelaki berusia 40 tahun dan pasanyannya yang berusia 46 tahun sebelum ini pernah ditahan oleh pihak berkuasa atas kesalahan yang sama pada bulan lalu.

Serbuan telah ini bermula pada pukul 11.30 malam selepas pihaknya menerima satu aduan daripada orang awam yang mendapati sepasang pasangan yang belum berkahwin berada didalam satu bilik yang sama.

Sebaik sahaja sepasukan anggota penguat kuas tiba dilokasi kejadian,pihaknya mendapati pintu utama bilik sewa itu tertutup rapat dan apabila pintu bilik berkenaan diketuk seorang wanita yang hanya memakai tuala membukanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, pihak berkuasa menemui seorang lelaki memakai seluar jeans dan tidak berbaju berada didalam bilik sewa terbabit.

Sebelum ini pasangan ini pernah ditahan sebulan yang lalu atas kesalahan yang sama.

Lelaki terbabit dipercayai seorang kontraktor mengakui kerap kali datang ke bilik sewa kekasihnya ini untuk melepaskan nafsu masing-masing.

Tambahnya lagi, mereka hanya berjumpa hanya untuk melepaskan nafsu semata-mata dan sudah kerap melakukannya.

Walau bagaimanapun,pasangan ini telah ditahan dan dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu bagi siasatan lanjut.

Pasangan ini telah diikat jamin oleh anak masing-masing.Sementara itu,pertuduhan akan dibacakan di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu dalam masa terdekat.

Kes disiasat mengikut siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.Sumber-Harian Metro.Editor-Nora