Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Sabtu, 7 April 2018

Mayat Lelaki Lengkap Berpakaian Ditemui Terbaring Dengan Kesan Tembakan


GERIK- Mayat seorang lelaki yang ditemui dengan kesan tembakan di bahagian kepala,dada serta perut telah ditemui terbaring di kawasan Ladang Sungai Rui, Ban Pasir, Jalan Gerik-Kupang, Gerik,Perak.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata mayat lelaki ini adalah warga tempatan berusia dalam lingkungan 38 tahun. Mayat lelaki ini telah dijumpai oleh orang awam ketika melalui jalan tersebut kira-kira pukul 4 petang.


Laporan menyatakan bersebelah dengan mayat lelaki ini turut dijumpai tiga butir kelongsong peluru.


Mayat lelaki ini juga ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian manakala,sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki telah ditemui berhampiran dengan mayat lelaki tersebut.

Pihaknya masih lagi menjalankan siasatan terhadap kes ini.Selain itu, Jabatan Forensik  dan Unit Anjing Pengesan (K9) daripada Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mencari bahan bukti.


Mayat lelaki ini telah di bawa ke Hospital Gerik  dan kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi dibedah siasat.

Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan terhadap kes ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Editor: Nora



Tiada ulasan:

Catat Ulasan