“Malaikat Tak Masuk Rumah Kalau Macam Ini… Netizen Tegur Aliff Syukri Letak Patung Depan Rumah


Siapa sahaja yang tidak mengenali usahawan kosmetik Dherbs Holding Sdn Bhd,iaitu Datuk seri Aliff Syukri.Sebut sahaja nama beliau rata-rata mengenalinya.

Anda sendiri telah pun sedia maklum bahawa Dato' Aliff sedang sibuk mengurus dan membeli kelengkapan untuk rumah barunya.

Rumah mewah yang seakan-akan istana ini telah dinamakan sebagai "Palace Aliff Syukri" yang mempunyai 30 buah bilik dan salah satu daripadanya adalah bilik kebal.Rumah mewah Dato' Aliff  ini terletak di Petaling Jaya.

Dalam sibuk memilihi perabot yang bersesuai Dato' Aliff dikatakan telah membeli dua buah patung sebagai perhisan diluar rumahnya.

Video yang dimuat naik oleh Dato'Aliff ini telah memaparkan dua orang pekerja sedang mengangkat sebuah patung berukir yang diletakkan pada penjuru pintu masuk rumah mewahnya.

Rata-rata netizen menyatakan bahawa perhiasan tersebut seakan-akan menyerupai agama lain dan ianya amat bertentangan dengan agama Islam.

Walau bagaimanapun, Dato' Aliff menegaskan patung berukiran ala-ala tentera Yunani ini hanya lah simbolik keselamatan sahaja kerana dipatung itu terdapt lembing serta perisai ditangannya.

Kebanyakan para netizen tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Dato' Allif ini kerana bimbang akan mendapat fitnah kelak.

Diantara komen netizen adalah "Apa faedah membeli patung besar tu ? Malaikat Rahmat tak masuk rumah nanti".Editor: Nora





Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments