Makin Hari Makin Banyak Kucing Yang Perlukan Pertolongan Daripada Kita.


Perahkah anda semua mendengar berita mengenai haiwan-haiwan jalanan di langgar ada diantaranya di biarkan dengan kecederaan yang parah seperti patah tulang kaki,tangan dan sebagainya.

Disebabkan itu haiwan-haiwan terbiar ini dilayan seperti mereka tidak punya perasaan. Merek tidak meminta kita untuk memberikan wang, mereka hanya perlukan sedikit makanan daripada sisa makanan yang kita makan sahaja.

Layakkah haiwan-haiwan terbiar ini diperlakukan seperti ini?Lebih dahsyat lagi ada yang sanggup membakar anak-anak kucing yang baru sahaja dilahirkan.

Pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa Mohd Noor, turut hadir ke S.I Home Shelter untuk memberi sokongan terhadap kucing-kucing jalanan ini.


Ya Allah mana perginya sifat keperikemanusiaan kalian?Manusia sebegitu tidak layak dipanggil "manusia"kerana mereka lebih hina.

Bagi seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Nurul Ain Abdul Hamid dia bersama suaminya telah menubuhkan sebuah pusat penjagaan haiwan terbiar iaitu S.I Home Shelter.


Makin hari makin banyak haiwan-haiwan jalanan yang memerlukan pertolongan daripada kita semua.

Meskipun,Ain dan suaminya bekerja,pasangan ini akan membuat kerja-kerja sambilan yang lain bagi menampung bil kibbles yang masih tertunggak.


Menurut Ain,ini merupakan masalah terbesar yang dihadapi oleh puas perlindungan yang diusahakannya bersama pasangan.

Walau bagaimanapun,setiap bulan pasangan ini akan memastikan stok makanan pada setiap bulan mencukupi bagi menampung haiwan-hawian jagaannya meskipun perlu menanggung hutang.


Menurut pasangan ini, dahulu bantuan yang diterima sangat banyak,namun disebabkan permasaalahan ekonomi ,bantuan yang terima tidak sebanyak dulu.

Dipusat perlindungan ini, terdapat  400 ekor kucing jalanan dan 12 ekor anjing kesemuanya adalah haiwan-hawian jalanan yang diambil ada diantaranya mempunyai masalah seperti kurap,mengalami kecederaan akibat dilanggar dan sebagainya.


Oleh yang demikian,sekiranya anda ingin memberikan sumbang tidak kiralah dari segi makanan atau pun dalam bentuk kewangan sangatlah dialu-alukan.

Saluran derma boleh di salurkan menerusi akaun 562272615543(Maybank) diatas nama Muhamad Razeef Che Shamah.Bantuan anda amatlah dihargai.Semoga Allah sentiasa melindungi anda semua.Editor:Nora