Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Jumaat, 6 April 2018

Makan Uri Anak Untuk Keinginan Sendiri


ENGLAND: Pernahkah anda membayangkan memakan uri, walaupun uri isteri namun itulah yang dilakukan seorang lelaki di sini.

Bapa dua anak itu, Ross Watson, 32, memasak organ itu selepas isterinya, Heather, 38, melahirkan anak kedua mereka minggu lalu.

Watson dari Durham dekat sini, yang bekerja sebagai ejen insurans berkata, dia berasa amat teringin untuk merasai uri, terutama ia adalah peluang terakhir kerana isterinya tidak akan mengandung lagi.

Dia memuat naik video seluruh proses, mencuci, memotong dan memasak uri berkenaan di Facebook.

“Saya perlu memenuhi keinginan saya atau tidak dapat merasainya selepas ini. Ia sedap,” kata Watson

Menurutnya, isterinya, Heather, 38, berkata ‘Memang jijik tetapi dia tidak terkejut kerana dia tahu saya suka buat perkara pelik’.

Yang ini lain pula ceritanya seorang lelaki yang berasal dari Sydney Seorang ahli bina badan sanggup makan uri anak perempuannya yang disimpan seminggu selepas bayi itu lahir semata-mata percaya kandungan protein di dalamnya mampu meningkatkan otot badannya.

Aaron Curtis menyimpan uri bayinya itu selama seminggu di dalam peti sejuk sebelum digoreng dan dimakan dan merakam video dirinya memasak organ itu.

“Selepas anak sulung saya di lahirkan, saya terfikir mahu makan organ yang membantunya hidup sepanjang kehamilan kerana menganggap ia mampu memberi kesan positif terhadap saya.

“Sebenarnya saya sendiri pun teragak-agak ketika mahu memakannya dan selepas menunggu seminggu, saya memutuskan eloklah membasuhnya bersih-bersih supaya tidak lagi berlendir. Harap-harap saya tidak mati,” katanya berseloroh.

Curtis berkata, dia cuma memasak sedikit daging itu kerana bimbang keracunan. Sebaik masak, dia dilihat mengunyahnya dan berkata, rasanya tidak ubah seperti hati lembu. Sumber: Daily Mail – Editor: Adi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan