Mak oii... Besarnya.. Kerapu 145 Kg Tewas.


Miri : Dua kaki pancing menerima durian runtuh selepas mendaratkan seekor ikan kerapu kertang seberat 145 kilogram di Perairan Miri, kira-kira 50 kilometer dari Kuala Baram di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, ikan gergasi bernilai RM5,000 itu ditangkap menggunakan umpan isi ikan parang pada jam 1 pagi, selepas lebih 20 minit memerah keringat bertarung dengan penghuni laut dalam itu.

Ahmad Uzair Sidek, 20, berkata, dia bersama seorang saudaranya, Nordin Maidin Sandih, 48, terkejut apabila mendapati keadaan tali pancingnya direntap agak luar biasa sebelum menyedari ia ikan kerapu kertang.

“Memang sukar, selepas lebih 20 minit, baru dapat dinaikkan ke perahu sebelum dibawa pulang ke Pasar Nelayan Batu Satu, Kuala Baram,” katanya.


Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu begitulah pepatah yang sesuai diungkapkan kepada seorang kaki pancing yang berjaya memperoleh ikan kerapu seberat145 kilogram.

Menurut kaki pancing berkenaa ini adalah rezeki yang tidak dapat dia lupakan sampai bila-bila kerana berjaya mengaut keuntungan yang banyak berjumlah RM 5,000 hanya dalam sekelip mata setelah berhasil menjual ikan tersebuat kepada peraih.

Tambah anak sulung daripada empat beradik ini,wang hasil daripada jualan ikan tersebut digunakan sedikit untuk membeli peralatan memancing yang bersesuaian dan wang lebihnya akan disimpan didalam bank.

Sememangnya ikan kerapu kertang adalah diantara ikan yang paling mendapat permintaan paling tinggi daripada pengusaha restoran makan laut.Ada diantaranya yang menawarkan harga yang tinggi sehingga mencecah RM 35 hingga RM 50 bagi sekilogram bagi ikan kerapu tersebut.Sumber -Harian Metro.Editor- Nora