Lelaki Terima Padah Rakam Wanita Pakai Skirt Pendek.


Seorang lelaki terima padah dituduh mencabul kehormatan beberapa wanita menggunakan telefon bimbit ketika wanita itu menaiki eskalator.

Menurut laporan Astro AWANI, penganggur warganegara Malaysia itu dijatuhi hukuman penjara 24 minggu atas 12 tuduhan mencabul wanita di Singapura, semalam.

Tang Chung Hong, 31 tahun, dituduh mencabul kehormatan beberapa wanita menggunakan telefon bimbitnya dengan cara merakam video dari bawah skirt atau gaun pendek, lapor The Straits Times.


Menurut laporan, Chung Hong dikatakan mengambil 85 video membabitkan wanita berbeza sepanjang tempoh antara pertengahan tahun 2015 hingga Oktober 2016.

Dia mengekori wanita cantik yang memakai skirt atau gaun pendek untuk merakam video 'upskirt' ketika wanita itu menaiki eskalator.


Dia kemudian pulang dan mengunci dirinya di dalam tandas dan melakukan onani sambil menonton video tersebut.

Ketika ditahan, polis merampas dua telefon bimbit, komputer riba, dan pengecas komputer riba selain video rakaman berkenaan di dalam telefon bimbit dan kad memori miliknya. Sumber: Astro AWANI