Lelaki Terima Padah Muat Naik Status Di Facebook "Telah Berjaya Menuai Remaja 14 Tahun"


Gara-gara seorang lelaki memuat naik satu status mengenai dia  'menuai' seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di laman Facebook, ianya telah mengundang rasa marah terhadap kebanyakkan netizen sehinggakan ada diantaranya membuat laporan polis mengenai perkara ini.

Menurut laporan,lelaki terbabit telah memuat naik gambarnya bersama seorang remaja lelaki di laman Facebooknya dengan kepsyen "Dapat emergency call dari budak ni,minta balik Kuantan cepat.Maybe dia yakin dah boleh dituai kot. Yeahhh, tunggu abang,’

Ianya telah mendatangkan kemarahan kepada kebanykkan netizen apabila membacanya sehinggakan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara, Petaling Jaya bagi menjejaki lelaki berkenaan.

Pengerusi Komuniti Harapan Kita Fazriysham Kamran, 35,berkata, dia telah mendapat berita mengenai status daripada pengikutnya di laman Facebook.

Tambahnya lagi,status lelaki tersebut telah mengundangkan rasa was-was apabila lelaki terbabit menggunakan nama "Group Anak Ikan'.Selain itu,ada kemungkinan lelaki tersebut mengamalkan hubungan homoseksual(gay).

Jika dibaca status itu berunsurkan lucah,namun lelaki berkenaan telah menggunakan perkataan yang tersirat disebaliknya perkataan 'dituai' yang merujuk kepada hubungan seks. Sememangnya ianya merupakan satu kesalah kerana melakukan hubungan seks bersama remaja dibawah umur dan kedua-duanya adalah sama jantina.

Merujuk kepada tindakan yang telah dilakukan oleh lelaki tersebut,dia seolah-olah seorang pedofilia kerana sangat berminat untuk melakukan seks dengan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun,hasil siasatan awal mendapati,status lelaki berkenaan telah pun dipadam dan akuan Facebooknya juga telah ditutup bagi mengelakkan pihak berkuasa menjejakinya.

Kes masih disiasat mengikut Seksyen 11 (1) (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.Sumber- Harian Metro.Editor- Nora