Lelaki Siar Video Live Di Facebook Bunuh Bekas Isteri Dengan Kejam.


KEMBOJA- Kebanyakkan daripada rakyat di negara Kemboja memilih Facebook sebagai satu platform untuk mencari maklumat.Satu per tiga daripada rakyatnya berjumlah 15.8 mempunyai akaun Facaebook,terutamanya adalah golongan remaja.

Seorang lelaki warganegara Kemboja dipercayai telah membunuh bekas isterinya dan kemudian suspek terjun dari sebuah jambatan.Aksi tersebut dikatakan telah disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook.

Menurut laporan dari pihak polis tempatan,kes ini merupakan kes pertama yang pernah berlaku di negara itu.

Suspek yang dikenali sebagai Ra Chhay Rath, 21,telah membunuh bekas isterinya di sebuah sekolah dan kemudian suspek nekad terjun di Jambatan Tsubasa.Aksi bunuh diri itu telah disiarkan secara langsung menerusi Facebook 'live'.

Jurucakap Facebook di Singapura berkata,pihaknya tidak dapat memberikan sebarang ulasan mengenai kes tersebut

Tambahnya lagi, tahun lepas Facebook telah menaik taraf sistem perisian bagi mengenal pasti pemilik akaun yang cuba untuk membunuh diri di Amerika Syarikat,dan ujian tersebut telah berjaya dilaksanakan.Sumber- Astro Awani.Editor- Nora