Lelaki Pertengahan Usia Ditahan Sedang Leka Melakukan 'Hubungan Intim'


THAILAND- Pihak polis Thailand berjaya menyerbu sebuah pesta haram yang lakukan di sebuah hotel di Thailand.Hasil daripada serbuan itu,piahnya berjaya menahan beberapa orang lelaki pertengahan usia warganegara British bersama wanita muda warganegara Thailand.

Serbuan ini dilakukan di Pattaya, sering dirujuk sebagai 'syurga seks' di dunia, menunjukkan lelaki pertengahan usia ini bergegas untuk melindungi diri mereka.

Polis berjaya meloloskan diri pada parti seks haram ini  selepas membayar tip dari tetamu sebanyak 1,500 baht (RM 185) untuk mengambil bahagian dalam pesta.Pihak polis melakukan 'under cover' untuk memasuki pesta haram ini dengan memakai pakaian biasa tanpa pakaian seragam bagi mengelakkan daripada dihidu.

Mereka menyerbu Hotel Tulip  pada jam  11.30 malam semalam dan telah mencetuskan adegan huru-hara.

Bukan sahaja orang Inggeris malah pesta haram ini juga turut disertai oleh orang Amerika, Jerman, Kanada, Australia, Rusia, rakyat Malaysia dan  Cina, bagaimanapun, kesemua mereka telah disoal dan dibebaskan.

Pemilik hotel tersebut telah pun ditangkap kerana menjalankan pesta seks.

Ketua polis Banglamung.Naris Niwapantawong, berkata, lelaki dari pelbagai negara turut menyertai pesta ini dengan bertukar-tukar pasangan.

Tambahnya lagi, 'Kami menerima aduan mengenai Tulip Hotel daripada orang awam yang mana, hotela ini telah menganjurkan parti seks pada hujung minggu.


'Kami menjalankan operasi semasa mereka sedang melakukan hubungan seks dan kami berjaya menumpaskan nya.'

Hotel Tulip di daerah Nong Prue di Pattaya mempunyai 30 bilik di empat tingkat berbeza. Ia telah di pecahkan kepada beberapa zon, dengan satu tingkat khusus sebagai 'zon permainan' untuk melakukan pesta seks ini.

Pegawai berkata bahawa 'hampir semua pelanggannya' berada di zon permainan ketika bangunan itu diserbu.


Terdapat juga tiga kakitangan hotel, yang didakwa ditugaskan untuk menghidangkan teh panas kepada para tetamu, membersihkan bilik dan menyertai permainan seks yang telah dianjurkan.

Ketika serbuan dilakukan pihak polis turut menjumpai kondom, pelincir dan alat permainan seks juga didapati bertaburan di sekitar bangunan itu.Kesemuanya telah dikumpulkan sebagai bukti.

Pemilik hotel, Sheng Liao Yang, 53, dari China ditangkap kerana disyaki menjalankan sebuah hotel tanpa lesen dan menganjurkan acara lucah.



Niwapantawong menambah: 'Hotel ini menjadi tumpuan utama warga asing untuk mereka yang suka melakukan seks dengan cara bertukar-tukar pasangan.

'Untuk menghadiri acara itu, para peserta harus mendaftar melalui laman web. Terdapat peraturan bahawa peserta mestilah pasangan lelaki dan perempuan. Kos untuk satu malam ialah 1,500 baht seorang.



'Polis menyiasat dahulu hotel tersebut dan mengumpul bukti sebelum meyerbu premis berkenaan.

'Para tetamu didapati dari pelbagai negara termasuk United Kingdom, Amerika, Australia, Jerman dan Malaysia. Ramai tetamu telah memasuki "zon permainan" sebelum ini.Editor-Sofia