Lelaki Ini Enggan Turun Dari Bumbung Rumah,Lihat Apa Pihak Polis Lakukan


SEMENYIH- Gara-gara mahu menceroboh masuk kedalam sebuah rumah,seorang lelaki dikatakan tersekat diatas bumbung rumah.Kejadian dikatakan berlaku di Bandar Sunway Semenyih.

Kejadian dikatakan berlaku dalam pukul 9.15 pagi,suspek yang berusia 36 tahun dikatakan tidak mahu turun daripada bumbung rumah tersebut.Disebabkan itu penduduk kawasan meminta bantuan dari anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Ishak Mat Zin,Pengerusi Persatuan Penduduk Fasa 6 Bandar Sunway Semenyih,berkata,kejadian tersebut telah disedari oleh salah seorang penduduk taman berkenaan yang terlihat seorang lelaki berada diatas bumbung rumah sebelum dia bertindak menyergah suspek.

"Disebabkan terkejut,lelaki terbabit cuba meloloskan diri namun,dia tersekat diatas bumbung berkenan".

"Namun,tindakkan pantas daripada penduduk setempat mengepung suspek di kawasan perumahan itu menyebabkan suspek menjadi buntu untuk melarikan diri,".

"Salah seorang dari penduduk kawasan ini ada cuba memujuk suspek untuk menyerahkan diri,namun suspek enggan menyerahkan diri".

Pihak polis juga gagal untuk memujuk suspek untuk turun disebebkan itu anggota Bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menangkap suspek.

Lelaki terbabit dikatakan duduk di atas bumbung rumah itu hampir tiga jam dalam kedaan panas terik meskipun penduduk telah berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan atau menyerahkahnya kepada pihak polis.

Bagaimanapun,suspek kemudiannya telah di serahkan ke pihak polis sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof,Ketua Polis Daerah Kajang,berkata,sebaik sahaja mendapat panggilan dari orang awam mengenai kejadian tersebut,beberapa anggota telah d arahkan ke lokasi kejadian sebelum meminta bantuan dari pihak bomba bagi menurunkan lelaki terbabit.

Siasatan awal mendapati suspek mempunyai 4 rekod kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Dadah 1983, Seksyen 13(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan

Kini, suspek ditahan mengikut Seksyen 457/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan memecah rumah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun selain dikenakan didenda.Sumber-Metro