Kes Penipuan!!! Polis Minta Orang Ramai Untuk Mengesan Suspek.



Shah Alam, 15 April - Semakin menjadi-jadi dan tidak berhati perut! Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan pendedahan satu demi satu kes ­penipuan jemaah umrah di negara ini. 

Antara yang terkini melibatkan seorang wanita Suspek dikenali sebagai Noraini Binti Abu Bakar, Beralamat di No. 206, Blok 6, Jalan Senangin 17/24. Seksyen 17. 40200 Shah Alam, Selangor.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor memohon bantuan orang ramai untuk mengesan suspek berikut bagi membantu siasatan kes Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Kes Tipu Pakej Umrah).

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang saspek boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, ASP Samsudin bin Zakaria di talian 013-323 2683 atau Insp Hanizah binti Musuh di talian 019-367 4278 atau boleh salurkan kepada balai polis yang berdekatan.

Dalam dunia ini memang ada ramai penipu. Penipu berada di mana-mana. Itu hakikatnya. Tidak boleh dinafikan. Dan ‘terma’ bersangka baik pada semua orang terutamanya yang kita tidak kenali atau baru hendak kenal sebaiknya jangan diguna pakai. 

Lebih-lebih lagi apabila melibatkan wang. Sedangkan orang yang lama kita kenal bertahun-tahun pun boleh menipu macam-macam, inikan entah siapa-siapa yang baru kita jumpa. - Online News