Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Isnin, 23 April 2018

Kes Meliwat Pelajar Tahfiz Sebutan semula 23 Mei.


KUANTAN-  Pihak mahkamah  Sesyen telah menetapkan 23 Mei ini sebagai sebut semula kes terhadap seorang sukarelawan maahad tahfiz yang didakwa bakal berdepan dengan 38 pertuduhan kerana telah melakukan jenayah seksual,termasuklah meliwat pelajar tahfiz.

Keputusan telah dibuat oleh Hakim Siti Aminah Ghazali setelah Timbalan Pendakwa Raya Fatinah Abu Bakar berserta peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar,bagi mewakili tertuduh bahawa pihaknya masih belum mendapat sebarang laporan perubatan mangsa dari pihak hospital.

Tertuduh dikenali sebagai Nasrul Arman Ahmad, 41,bakal berhadapan dengan 38 pertuduhan jenayah seksual,manakala 29 daripadanya tertuduh telah meliwat enam orang pelajar tahfiz.Perbuatan terkutuk itu dilakukannya semasa di pusat tahfiz dan dirumahnya Taman Selamat, Teluk Sisek.

Tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat dan jika tertuduh didapati bersalah,dia boleh dipenajarakan tidak kurang 5 tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Selain itu tertuduh juga didakwa dengan 9 pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 kerana telah melakukan gangguan seksual dengan mencabul 4 orang pelajar pusat tahfiz.Sumber - Bernama.Editor-Sofia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan