Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Khamis, 5 April 2018

Kelibat Orang Minyak Di Kota Bharu Berjaya Di Rakam


KELANTAN- Peristiwa ngeri yang menimpa seorang remaja berusia 17 tahun apabila dia cuba di rogol oleh orang minyak semasa menjemur pakaian di belakang rumahnya satu ketika dahulu pernah mengemparkan penduduk kampung.

Kejadian tersebut masih segar lagi dalam ingatannya sampai bila-bila.Peristiwa hampir diratah orang minyak ini berlaku pada pukul 9 pagi, mangsa telah diikat pada bahagian perut,kaki serta lehernya dicekik dengan kuat kemudian diheret ke ruang tamu rumah.Disebabkan itu semasa kejadian masih ada kesan minyak pada bahagian kaki mangsa.

Peristiwa ini berlaku di Kampung Pengkalan Demi, Kubang Kerian, Kota Bharu. Mangsa mendakwa telah ditarik oleh seseorang daripada arah belakang dan seolah-olah dipukau.

Semasa kejadian mangsa sempat menjerit untuk meminta pertolongan dan jeritannya itu telah didengari oleh jiran terdekat. Semasa kejadian, keluarga mangsa tiada didalam rumah dipercayai sedang bersarapa di kedai makan berhampiran rumah.

Jiran yang mendengar jeritan mangsa segera ke lokasi kejadian lalu membuka ikatan tali tersebut.

Usaha untuk menangkap orang minyak ini masih diteruskan meskipun sudah beberapa kali gagal. Penduduk kampung menyedari akan kehadiran orang minyak ini apabila terdapat banyak kesan minyak hitam pada tingkap dan pintu rumah.

Ada juga penduduk yang cuba menangkap orang minyak namun ianya tiba tiba hilang daripada pandangan.


Sudah pelbagai cara penduduk kampung usahakan untuk menangkap orang minyak ini termasuklah berjaga malam, melakukan solat hajat tetapi orang minyak ini tetap mengganggu.

Menurut penduduk, empat buah rumah telah menjadi saaran orang minyak dan menyebabkan kerosakan pada bahagian tingkap akibat dibaling dengan objek keras.

Salah seorang daripada penduduk kampung yang berjaya merakam kelibat orang minyak mengunakan telefon bimbit namun penduduk kampung tidak berjaya menangkap orang minyak tersebut.

Oleh sebab terlalu risau akan keselamatan anak gadis nya,bapa mangsa telah pun membuat laporan polis Balai Polis Kubang Kerian.Editor : Bella



Tiada ulasan:

Catat Ulasan