Kelab 'Pencinta Alam' Dikecam Teruk, Tawar Sesi Renang Tampa Pakaian Untuk Remaja Bawah Umur.


ENGLAND- Sebuah kelab renang di England telah dikecam hebat oleh netizen apabila mereka menawarkan sesi latihan renang tanpa pakaian kepada pelajar yang berusia 18 tahun ke bawah.

Kenyataan yang dipetik daripada Daily Mail, kelab renang yang dikenali sebagai Ryedale Naturist Club adalah sebuah kelab renang yang telah dilabelkan sebagai 'syurga pedofilia' oleh kebanyakkan ibu bapa yang mahu menghantar anak-anak mereka disitu.

Kelab renang tersebut dikatakan membenarkan kanak-kanak berenang bersama-sama orang dewasa dalam keadaan berbogel.
Ianya berlaku di sebuah kelabb renang di Derwent, Malton, Yorkshire Utara

Bagaimanapun,tindakkan kelab renang terbabit telah mencetuskan rasa bimbang dikalangan ibu bapa yang mahu menghantar anak-anak mereka untuk mengadakan sesi renang.Rata-rata ibu bapa telah meluahkan perasaan mereka ke dalam media sosial dan melablekan kelab renang tersebut melakukan sesuatu yang amat menjijikan.

Salah seorang daripada pengguna Facebook menulis ""Saya tidak bersetuju sekiranya kanak-kanak pergi ke tempat itu.Ianya ibarat syurga untuk golongan pedofil yang hanya menanti mangsanya.

Pengguna yang pula Nicola O'Conner menyatkan itu adalah satu tindakan yang salah kerana membiarkan kanak-kanak dan remaja dalam keadaan telanjang.Selain itu,mereka juga akan melihat orang lain berbogel semasa latihan renang di jalankan.

"Ianya sesuatua yang amat menjijikan.Apa nak jadi dengan dunia?,"tambahnya lagi.

Kebanyakkan ibu bapa berpendapat bahawa,kelab renang tersebut patut ditutup serta merta kerana ianya tidak patut dilakukan sekali gus menggalakkan aktiviti tidak bermoral ini berleluasa dan mengundang golongan pedofil ke dalam kelab ini.

Ada juga yang menyatakan sesi renang itu di adakan dalam kewasan tertutup.


Selain itu,pengunjung juga perlu membawa kad pengenalan di setiap sesi manakala bagi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah dibenarkan untuk berenang tanpa sebarang pakaian namun mereka harus di temani oleh ibu bapa atau pun penjaga bagi setiap sesi.

Salahs seorang daripada jurulatih kelab ini berkata, " sesi renang ini sama sahaja dengan sesi renang lain,cuma ianya tidak memakai pakaian sewaktu berenang.Tidak ada aktiviti seks semasa latihan dijalankan kerana itu bukan amalan 'pencinta alam'.Editor- Nora