Kecoh!!! Zul Ariffin Kongsi Gambar Alat Sulit Di IG.


Sebut sahaja nama Zul Ariffin sudah pasti para wanita mula terbayangkan ketampanan wajahnya yang sering menjadi kegilaan remaja diluar sana.

Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008 menerusi watak pembantu dalam siri drama Astro Ria, Awan Dania dan kemudiannya beralih ke watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran di RTM, Gerak Khas sehingga drama itu direhatkan pada 2011.

Sebelum ini namanya pernah mencetuskan kontroversi yang menyatakan bahawa beliau telah putus cinta dengan pelakon jelita Zahirah MacWilson.Kini,namanya sekali lagi terpalit dengan gosip panas yang menyatakan bahawa pelakon kacak ini telah memuat naik satu gambar 'panas' di Instagram peribadi miliknya,semalam.

Gambar 'panas' itu adalah gambar kemaluan lelaki yang dipercayai telah dimuat naik pada pukul 8 malam dan dua minit kemudian gambar tersebut telah pun dipadam.Bagaimanapun,gambar tersudah sudah mula tersebar dan menjadi topik perbincangan hangat di laman Twitter.



Gambar tersebut dikatakan telah mempelihatakn tangan seorang lelaki sedang memegang kemaluannya,namun hanya separuh badannya sahaja yang kelihatan.

Menerusi,kelab peminat rasmi Zul Ariffin FC menyatakan bahawa akaun artis berkenaan telah pun digodam.


Melalui instastorie kelab peminat rasmi artis berbadan sasa ini gambar berkenaan sudah pun dipadam dan semuanya masih didalam kawalan.

“Kami memohon maaf sekiranya mana-mana foto telah menyinggung perasaan anda. Zul akan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk mengelakkannya perkara ini daripada berlaku lagi,” tulisnya.


Walau bagaimanapun, Zul Ariffin masih berdiam diri dan tidak mahu menjelaskan lagi mengenai isu panas berkenaan.

Sebelum ini bekas kekasih Zul pernah di kecam netizen kerana melakukan swafoto bersama jenazah ibunya sehingga membuatkan Zul merasa kurang selesa dengan perbuatan Zahirah.Editor- Sofia