Kecoh Video Calon Parliman Sungai Petani Shahanim Dikatakan Memberi Rasuah Tular Di Media Sosial.


Semalam kecoh di media sosial mengenai video Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sg. Petani. Shahanim Mohamad Yusoff memberikan sampul yang berisi duit di dalamnya kepada penduduk kampung yang hadir.

Video berdurasi 1.05 saat ini telah di muat naik oleh seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Shekh Imaduddin Hakmi di group Penduduk Sungai Petani dengan berkepsyenkan "SPRM perlu siasat wakil parlimen Sungai Petani..Selepas nama dia di calonkan sebagai wakil BN untuk parlimen Sungai Petani.Dalam satu majlis beliau telah menghulurkan sampul pada mereka-mereka dalam majlis itu.Ada sesiapa dalam ni yang bertugas sebagai SPRM boleh siasat...Kot.".

Video viral ini dikatakan kian tular ke dalam media sosial sehinggakan sampai kepada pengetahuan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sg. Petani. Shahanim Mohamad Yusoff sendiri.

Bagimanapun, beliau tidak mendiamkan diri dan telah membalas kenyataan pengguna Facebook terbabit dengan menulis "Salam.Sy masih YB Senator yang masih mempunyai peruntukan Ahli Dewan Negara.Harap Shekh imaduddin Pi Report Sprm.Kesian Sungguhhhh.Dia Tak Reti.Maafkan Dia Laaaaa,ujarnya di akaun peribadi miliknya pada pukul 6.43 petang,semalam.

Walau bagaimanapun,video terbabit telah mendapat ribuan komen dan perkongsian di media sosial.Tidak cukup dengan itu timbalan Ketua UMNO ini juga telah menyenarikan elaun yang diterimanya dengan menulis "Elaun Senator Sy Sebulan RM15,000 Sy Tukaq Note Rm10 Dan Dapat 500 Sampul Sebulan Utk Bg Kpd Org Kawasan Sy.1 Sampul Rm30
3 Tahun Dah Dok Bg....Kenapa Harini Nak Kalut Viral...Kesian,".Editor-Sofia