Kazar Beri Komen Isu Gambar Anak Gadis Cium Lelaki Tersebar.


Siapa tidak kenal dengan anak pelakon Kazar Saisi, Ira Kaza yang dulunya pernah mengundang kontroversi apabila memuat naik video gelekkan maut ghairah ke akaun Instagram miliknya.

Namun begitu kini timbul pula isu lain berkaitan sekeping foto milik Ira Kaza yang bercium dengan seorang lelaki tersebar meluas di laman sosial.

Namun begitu pelakon Kazar Saisi atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, 59 tahun telah tampil memberikan komen terhadap gambar berkenaan yang dipercayai telah disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp.

Ira atau nama sebenarnya Fadira Fatini Kazaruddin, 23 tahun dikatakan telah memuat naik gambar tersebut di ruangan Instagram Stories akaun laman sosial miliknya, @irakaza sebelum disebarkan oleh orang ramai.

"Saya baru sahaja melihat foto terbabit apabila diberitahu oleh pihak media. Sebenarnya, lelaki dalam gambar tersebut adalah sepupu Ira dan merupakan anak kepada Helmi The Gimmik.


"Hubungan mereka memang terlampau rapat semenjak kecil. Namun begitu, saya mengakui perkara tersebut salah dan tidak boleh dilakukan oleh Ira.

"Ira tidak boleh cium pipi sepupunya dan dia juga tidak boleh memuat naik foto-foto sebegitu di laman sosial. Saya sudah berpesan kepadanya agar menjaga nama saya elok-elok.

"Perkara terbabit tak boleh dilakukan oleh Ira. Saya tak setuju, apatah lagi pandangan orang lain, pastinya tidak manis," kata Kazar.

Tambah Kazar lagi dia turut berharap agar Ira tidak akan mengulangi lagi perbuatannya.

"Saya hanya boleh menasihatkan dia. Budak-budak sekarang tidak boleh dimarahi. Saya sudah berpesan agar jaga diri elok-elok serta menjaga nama saya.

"Dalam Instagram saya sering menasihati orang lain, apabila perkara sebegini terjadi, saya takut orang akan cakap perkara lain pula," kata Kazar ketika ditemui di majlis pelancaran supertelefilem Budak Kripto.

Karya tersebut dikatakan bakal mendapat sentuhan pengarah berpengalaman, Din CJ yang pernah menempa populariti menerusi drama bersiri Cinderella lakonan Ahmad Idham dan Haliza Misbun.

Selain Kazar, karya yang bakal menjalani penggambaran bermula 25 April depan di sekitar Perak ini turut menampilkan pelakon lain seperti Fahrin Ahmad, Liza Abdullah, Afifah Nasir, Accapan, Mamat Khalid dan dua orang bakat baru, Zam Azmi dan Nurul Hida. - Astro Gempak