Kanak-Kanak Dua Tahun Maut Tertelan Balon


INDIA- Seorang kanak-kanak dipercayai berusia 2 tahun meninggal dunia selepas tertelan balon semasa mangsa bermain di rumahnya di Chikkakammanahalli, near Hulimavu, Tenggara Bengaluru.

Mangsa dikenali sebagai,Nawaz Siddiq merupakan anak keempat hasil perkahwinan Abubakar Siddiq dan isterinya Reshma.

Laporan menyatakan bahawa,mangsa keluar daripada rumah pada pukul 7.30 pagi untuk bermain bersama kawan-kawannya yang berada disekitar kawasan perumahannya.

Namun,apabila mangsa pulang ke rumah pada pukul 9.30 pagi,ibunya mendapati mangsa sukar untuk bernafas seperti biasa.

Bimbang dengan keadaan itu, Reshma kemudiannya membawa anaknya itu  ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan sebelum anaknya itu diarahkan untk berjumpa dengan pakar kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, mangsa telah menghembuskan nafas terakhir sebaik sahaja sampai di Hospital Apollo di Jalan Bannerghatta.

Reshma berkata,dia telah membawa anaknya itu kepada dua orang doktor sebelum mereka tiba di hospital tersebut.

Segala ujian saringan telah dilakukan bagi mengenal pasti punca anaknya sukar bernafas.

"Muka ,tangan .jari dan lidahnya bertukar menjadi kebiru-biuran".

Pihaknya tidak menolak,terdapat sesuatu didalam badan manga.Namun,selepas membuat pemeriksaan x-ray ternyata dibahagian keronkong mangsa terdapat cebisan balon yang sudah memasuki bagahian paru-parunya,menurut daripada laporan portal India of Times.Sumber- Astro Awani.Editor-Nora