Kanak-Kanak Dipukul Hingga Parah Oleh Kekasih Ibu.


RUSIA-  Disebabkan tidak dapat mengira nombor satu hingga lima,seorang lelaki tergamak memukul kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun sebanyak 15 kali.

Menurut laporan yang diterima,disebabkan pukulan itu,mangsa telah mengalami kecederaan yang serius.

Suspek yang dikenali sebagai Bakhram, 20,  berasal dari Azerbaijan telah menggunakan tali pinggang semasa memukul mangsa.

Lelaki terbabit juga telah menunjukkan kepada pihak polis bagaimana dia memukul kanak-kanak malang itu tanpa rasa belah kasihan.Dakwanya tindakkan tersebut adalah untuk memberi pengajaran kepada kakaknya yang berusia enam tahun.

Mangsa telah mengalami kecederaan dibahagian kepala,belakang badan,dada,perut dab lengannya.

Suspek juga merupakan teman lelaki ibu mangsa kini,telah di tahan oleh pihak polis dan suspek telah mengaku bersalah atas perbuatannya itu.


Lebih kejam lagi,suspek turut memukul mangsa menggunakan wayar pengecas telefon bimbit.

Ibu mangsa turut mendakwa bahawa dia tidak dapat membantu anaknya itu kerana bimbang akan mendapat nasib yang sama seperti mangsa.

Selepas daripada kejadian itu,kanak-kanak tersebut mengalamai sesak nafas,namun ibu mangsa tidak mahu membawanya ke hospital kerana takut kekasihnya itu ditangkap oleh pihak polis.

Walau bagaimanapun,kejadian tersebut telah disedari oleh jirannya Alexander, 45,lalu memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa.

Sumber memaklumkan bahawa,kanak-kanak terbabit kini semakin pulih.Manakal,Bakharam berdepan dengan hukuman penjara tujuh tahun jika dia didapati bersalah.Sumber-The Mirror.Editor-Nora