Kanak-Kanak Berusia 4 Tahun Jadi Mangsa Bapa Kandung.



JOHOR- Akibat terlampau risau akan keselamatan cucu perempuannya yang berusia 4 tahun seorang nenek nekad, menjaga cucunya selepas kanak-kanak ini menjadi mangsa cabul oleh ayah kandungnnya sendiri.

Wanita ini hanya mahu dikenali sebagai Asiah 51, berkata, di lebih rela menjaga cucunya dengan cara bergilir bersama anak perempuannya selepas dia bebeerapa telah menemui kesan melecet di kemaluan cucu kesayangannya itu

Ianya terbongkar selepas bekas menantu membawa cucu perempuannya itu balik ke rumahnya pada setiap hujung minggu.

Menurut Asiah, kesan melecet itu sudah 3 kali ditemuinya,dan dia nekad untuk membawa cucu nya itu ke hospital bagi membuat pemeriksaan lanjut dan kanak-kanak ini telah di masukkan ke wad Hospital Sultanah Aminah dan seterusnya ditukarkan ke Hospital Sultan Ismail.

Walau bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan bahawa kemaluan kanak-kanak perempuan ini telah dijangkiti kuman namun, puncanya masih didalam siasatan.

Asiah hanya mengetahui mengenai perkara ini selepas dia memandikan cucunya dan kemudian cucunya menyatakan dia berasa amat pedih pada bahagian kemaluan.

Namun, setelah disoal oleh neneknya, kanak-kanak ini mendakwa bahawa kemaluanya telah disentuh oleh ayahnya dan kemaluan ayahnya basah pada ketika itu.

Sebaik sahaja mengetahui perkara ini Asiah mempersoal perkara itu kepada bekas menantunya tetapi dia sekeras-kerasnya menafikan tentang perkara itu.

Bekas menantu dan anak perempuannya telah bercerai pada tahun lalu dan dikurnuakan tiga orang cahaya mata. Ketiga-tiga cucunya kini dibawah jagaan Asiah dan anak perempuannya.

Selain itu, Asiah juga turu membuat laporan di Balai Polis Setia Indah supaya kejadian sebegini tidak berulang lagi kepada cucunya. Editor- Noora