Jangan Cemarkan Kemuliaan Poligami


SHAH ALAM- Rata-rata rakyat di negara ini keliru dalam memahami konsep berpoligami yang sebenar.Justeru,ianya akan menimbulkan salah faham dan seterusnya akan terjadinya isu perdebatan sehinggakan ada yang menolak hukum poligami sekeras-kerasnya.

Ada di antaranya menggangap bahawa poligami ini adalah satu penganiayaan yang besar terhadap wanita diluar sana.Lebih dahsyat lagi,ada yang menentang sekeras-kerasnya hukum berpoligami.

Ketika menjadi tetamu jemputan di dalam bual bicara ‘Poligami Madu atau Racun,’ Ustaz Coach Hasnol Basri Hassan berkata, sebenarnya punca salah faham terhadap hukum ini adalah kerana segelintir individu gagal mengamlkan poligami yang sebenar  dan seterusnya ianya dilihat sebagai satu kezaliman terhadap kaum wanita sehingga pelbagai tanggapan buruk berlaku.

"Di dalam Islam,seseorang suami dibenarkan berkahwin lebih daripada satu ,namun si suami perlu adil dan tidak menganiaya si isteri,terutamanya isteri yang pertama.

Bagaimanapun,hak untuk berpoligami itu terletak ditangan suami,namun ianya mempunyai syarat-syarat tertentu.

Misalnya adalah,niat berkahwin untuk menghindari maksiat,untuk menjaga balu ataupun janda,si isteri tidak dapat memberikan zuriat,berjauhan dengan si isteri dan pelbagai lagi sebab yang membolehkan si suami tadi berkahwin sekiranya dia mampu.

Selain itu,janganlah menilai paras rupa seseorang sahaja sebaiknya pilih isterinya sudah bersedia untuk dinikahi serta berilmu.

Sekiranya seseorang suami hanya menilai isterinya dari segi paras rupa sudah pasti akan berlakukan 'pilih kasih' buat isteri pertama dan ianya seolah-olah kelihatan tidak adil bagi isteri pertama dinilai sebegitu rupa.

Kebanyakan pengamal poligami ini tidak bersikap peka terhadap isteri pertama dan ianya adalah punca utama yang akan mencemarkan kemulian berpoligami.

Sebagai contoh,sekiranya si suami meninggalkan isteri pertama dalam tempoh waktu yang lama tanpa mengambil berat soal kebajikan keluarganya sudah pasti isteri pertama akan terasa hati dan berasa seperi mula dipinggirkan.

"Sekiranya perkahwinan yang dibina berlandaskan nafsu dan hanya melihat kecantikan pasangan sahaja,kebiasaanya rumah tangga yang dibina tidak dapat bertahan lama.

Namun,jika pasangan yang dikahwini mempunyai ilmu serta mampu berlaku adil ,sudah pasti rumah tangga yang dibina akan bahagia.

Bagi penceramah bebas, Nurul Adni Adnan berkata,sekiranya seseorang wanita tidak mahu berkongsi kasih sayangnya itu adalah normal,sama juga seperti si suami yang mempunyai naluri untuk beristeri lebih daripada satu.Di sebabkan itu ianya wanita harus bersedia dalam apa jua keadaan yang bakal dihadapinya.

Sekiranya seseorang itu faham akan konsep berpoligami sudah pasti dia mampu menerima ujian ini dengan penuh sabar.Menurut penceramah bebas ini,beliau sudah 9 tahun mengamalkan poligami.

Beliau merupakan isteri kedua, mengakui bahawa dia banyak belajar dari pengalaman sendiri.

Bagi mengubati hati dan menerimanya dengan baik, kita perlu kembali kepada al-Quran dan Sunnah,ujar penceramah bebas ini.

Agama Islam merupakan agama yang penuh dengan keadilan.Sekiranya kita memahami konsep berpoligami sudah pasti rumah tangga yang di bina akan berkekalan.Sumber- Sinar Harian.Editor- Sofia