Isteri Merajuk!!! Suami Tetak Dalam Rumah Kakak Ipar.


GUA MUSANG- Seorang wanita Orang Asli dipercayai telah menerima tiga jahitan di bahagian kepalanya akibat daripada ditetak oleh suaminya selepas wanita tersebut keluar daripada rumahnya beberapa hari yang lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Ramliah Along, 24,berasal daripada Kampung Selyeh, Pos Blau,didakwa telah keluar dari rumahnya selepas wanita itu mengetahui bahawa suaminya Mat Rahim, 28, telah berkahwin lain.

Disebabkan itu suami mangsa telah bertindak mencari mangsa dirumah kakak iparnya pada pukul 12 tengah hari semalam lalu menetak kepala mangsa daripada arah belakang kejadian itu telah disaksikan oleh sepupu mangsa ,Aboy Angah,46 semasa kejadian berlaku.

Akibat daripada tetakan itu,mangsa dipercayai tidak sedarkan diri namun beberapa minit kemudian,mangsa sedar dan keluarga mangsa telah membawanya ke Hospital Gua Musang  bagi mendapatkan rawatan.Tetakan tersebut menyebabkan mangsa telah mengalami banyak pendarahan di kepala serta bahu.

Menurut saksi,suspek pada mulanya tidak menunjukkan sebarang perilaku yang mencurigakan dan secara tiba-tiba suspek datang dari arah belakang mangsa lalu menetak kepala mangsa kemudian suspek melarikan diri.

Ramliah juga mendakwa, bahawa suaminya itu sering mabuk dan selalu memukulnua tanpa sebarang sebab.Disebabkan itulah,mangsa mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah dan pulang ke rumah ibu bapanya.

Selain itu,mangsa juga telah dimaklumkan bahawa suaminya itu sudah berkahwin lain sejak dua bulan yang lalu.

Kejadian ini sememangnya menjadikan Ramliah trauma dan takut. Laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa kini telah di sahkan oleh Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin

Suspek diminta untuk tampil ke balai polis bagi memberikan keterangan.Sumber- Astro AWANI.Editor- Nora