Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Selasa, 24 April 2018

Israel Halang Jenazah Dr. Fadi Masuk Palestine


Gaza - Jenazah Dr. Fadi yang maut pada Sabtu lalu dihalang daripada dibawa pulang ke Gaza serta tidak dibenarkan memasuki Gaza untuk tujuan dikebumikan di sana.

Menurut Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman, beliau telah mengarahkan penguatkuasa Mesir bagi menghalang jenazah Dr.Fadi M.R. Albatsh  yang merupakan imam dan pensyarah Palestin di Malaysia daripada di bawa pulang ke bumi Gaza.

Menurut laporan Palestine News Network semalam, Lieberman telah membuat satu permohonan berhubung perkara ini melalui kaedah konvensional.

Lieberman turut memberitahu bahawa permintaannya itu adalah relevan kerana sempadan Rafah merupakan dibawah kawalan kedaulatan Mesir.

"Rejim Israel pada ketika ini sedang melaksanakan polisi baru yang melarang sebarang jenazah pejuang gerakan Hamas dari dikebumikan di Gaza," katanya lagi.

Menurut laporan itu lagi, Menteri Pendidikan Israel Naftali Bennett juga pada hari Sabtu berikrar untuk menghalang Hamas daripada membawa tubuh Fadi kembali ke Gaza untuk dikebumikan kecuali Hamas mengembalikan tentera Israel yang ditahan di Gaza.

Sebelum ini, mayat dua orang tentera Israel yang terbunuh, Simcha Goldin dan Oron Shaul, dan dua lagi penduduk Israel yang terselamat, Avera Mengistu dan Hisham al-Sayed, yang memasuki Gaza atas kehendak sendiri pada tahun 2014 dan 2015, kini sedang yang ditahan oleh Hamas.

Dr. Fadi, 35 tahun yang berasal dari pekan Jabalia, utara Gaza dibunuh di hadapan kondominium Puteri Idaman di Setapak, ketika dalam perjalanan untuk solat subuh kira-kira pukul 6 pagi, pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Kedutaan Palestin di Malaysia dilaporkan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia dan Mesir untuk membawa pulang jenazah Fadi ke Gaza atas permintaan keluarga allahyarham.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan