Ini Respond Balas Wardina Selepas Di Kecam Dira Abu Zahar.


Personaliti popular Wardina Safiyyah mengambil sikap enggan mengendah tempelakan pihak yang tidak senang dengan sikapnya menyatakan kebosanan terhadap amalan politik perkauman.

Tanpa memetik sebarang nama dalam kenyataannya Wardina secara bersahaja - tetapi sinis - berkata dia tidak ada masa untuk membebankan fikirannya dengan mentaliti orang muda yang baru belajar mengenal dunia.

"Sorry ya dik... akak sibuk sangat sekarang... tak de masa nak layan puteri2 baru nak up.

"Kalau kata jawab soalan tapi sebenarnya tak jawab apa pun, setakat angkuh dan sombong... dia jadi kelakar pulak.

"Jadi, akak nak ajak masuk universiti balik belajar jom!" katanya melalui hantaran di Facebook.

Wardina memuat naik hantaran di Facebook pada 19 April lalu dengan meluahkan kekesalannya terhadap segelintir pemimpin politik yang gemar bermain sentimen agama dan kaum untuk dijadikan modal bagi menakut-nakutkan orang Islam.

“DAP sebagai modal nak takutkan orang Islam? Sudah-sudahlah main sentimen agama. Orang sekarang dah bijak banyak.

“Tidak hairan kenapa pengikut caci-maki sana sini, tengok cara pemimpin menjatuhkan pihak lawan. Suka bermain emosi. Suka gunakan agama. Suka menakutkan,” katanya.

Bagaimanapun, hantaran itu kemudian telah diturunkan.

Belajar terima pendapat berbeza

Semalam seorang exco Puteri Umno Malaysia mengecam dan seakan-akan mahu menyekolahkan Wardina mengenai DAP.

Kata Dira Abu Zahar, DAP sebuah parti dipimpin orang yang memperkecilkan Islam dan hak Melayu.

Bekas pelakon itu menambah DAP cuba mencabul dan memperkecilkan hak Islam dan orang Melayu di negara ini.

“Jika tidak, masakan DAP berani menyebut Malaysian Malaysia - satu slogan yang agak panas saya kira - dengan falsafahnya mungkin terkandung bahawa Islam bukan agama rasmi, sebaliknya semua agama patut disamaratakan," katanya.

Untuk rekod, Dira, 34, ialah anak kepada bekas ketua menteri Melaka Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.

Menurut Wardina semua orang perlu belajar untuk menerima perbezaan pendapat.

"Maaf ya tersilap kata.. we need to learn to disagree in an open progresif society. Celebrate diversity of opinions (kita perlu belajar untuk tidak bersetuju dalam sebuah masyarakat progresif yang terbuka. Raikan kepelbagaian pendapat)," katanya.

Wardina kemudian mengakhiri hantara itu dengan makluman: "Akak ada forum mental health (kesihatan mental) ni sekarang." - Malaysiakini