Identitas Mayat Wanita Tidak Berpakaian Ditemui Dalami Sungai.


JEMBER- Misteri mayat wanita  yang ditemui dalam keadaan terapung di Sungai Kencong Kabupaten Jember, Isnin (16/4) pagi, akhirnya terbongkar. Jenazah yang ditemui itu adalah Iswatul Hasanah (29), berasal daripada  Dusun Krajan Rowo Tapen Kampung Tanggul Wetan Kecamatan Tanggul.

Perkara ini telah disahkan  oleh Ketua kampung Tanggul Wetan, Juhri. Beliau memberitahu, mangsa telah hilang sejak 2 hari lalu. "Pada mulanya, mangsa ingin membuang air besar di sungai, Sabtu (14/4), kemudian ditemai oleh ibunya dan kemudian ibunya pulang ke rumah meninggalkan mangsa," katanya.

Selepas itu, ibu mangsa pergi semula ke tebing sungai berkenaan untuk melihat anaknya namun,mangsa tiada disitu.ibu mangsa berfikiran bahawa mangsa telah hanyut di sungai itu," jelasnya.

Keluarga mangsa  telah cuba mencari dan memaklumkan berita mengenai kehilangan mangsa di dalam media sosial namun tiada sebarang jawapan. Sehinggalah keluarga mangsa sendiri mendapat maklumat mengenai penemuan mayat di sungai Kencong bercampur dengan sampah.

"Mayat itu dikenal pasti oleh keluarga berdasarkan ciri-ciri yang ada pada mayat tersebut, iaitu, mangsa memakai baju yang sama sewaktu mangsa hilang," katanya.

Pihak polis masih melakukan bedah siasat ke atas mayat berkenaan.Editor-Nora