Ibu Tunggal Nafi Buat Laporan Polis Palsu Terhadap Pemandu Bekas Bapa Mertuanya.


SHAH ALAM - Disebabkan seorang ibu tunggal telah membuat satu laporan palsu terhadap bekas pemandu bapa mentuanya,dua tahun yang lalu ibu tunggal ini, telah di hadapkan ke Mahkamah Majistret.

Tertuduh dikenali sebagai Maya Ahmad Fuaad ,36,mengaku tidak bersalah diatas tuduhan tersebut.

Menurut maklumat,tertuduh merupakan anak bekas pegawai kanan sebuah syarikat penerbangan telah memberikan maklumat lisan yang dipercayai paslu kepada anggota polis.

Disebabkan itu penjawat awam tersebut menggunakan kuasa sah terhadap pemandu Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perkapalan terkemuka, K Mathurai Veran.

Pertuduhan itu telah dilakukan di Balai Polis Kota Damansara.

Kesalahan tersebut telah di sahkan oleh Pegawai Pendakwa ASP D R Ghanthi Nathan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Sekiranya didapati bersalah ,tertuduh akan berdepan dengan hukuman penjara selama 6 bulan atau RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurut Majistret P Sarulatha,pihaknya membenarkan tertuduh diikat jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.Kes perbicaraan akan ditetapkan pada 17 Mei depan.Sumber- Sinar Harian.Editor- Nora