Ibu Kejam!!! Lacurkan Anak Gadisnya Berusia 15 Tahun.


NEW ZEALAND- Seorang insan yang bergelar ibu tergamak menjual anak perempuannya untuk dijadikan sebagai hamba seks lebih daripada 1,000 kali dalam tempoh 18 bulan sejak hari lahir anaknya yang ke-15 tahun iaitu pada tahun 2014.Ibu durjana ini telah dikenakan hukuman penjara selama 11 bulan oleh pihak mahkamah.

Tertuduh, Kasmeer Lata, 36,telah disabitkan bersalah atas kesalahan memperdagangkan anaknya sebagai hamba seks supaya dia dapat meraih keuntungan daripada hasil perkhidmatan seks yang dilakukan oleh anaknya itu dengan memaksa remaja bawah umur itu menjual badan kepada beberapa orang lelaki yang tidak dikenalinya.

Menurut sumber,keluarga ini berasal daripada Fiji dan datang ke New Zealand bersama anak-anaknya pada tahun 2014 sehinggalah mereka terus menetap disana.Disebabkan tempoh visa mereka tamat ,jadi anak perempuannya itu tidak dapat lagi meneruskan persekolahan seperti biasa kerana Kasmeer tidak bekerja.

Ibu ini juga dipercayao pernah menjadi pelacur dan mula meraih pendapatan daripada hasil tersebut sebelum dia memaksa anak perempuannya untuk menjual badan kepada seorang lelaki yang berusia 50-an.

Lebih kejam lagi,setelah anak perempuannya didapati mengandung,ibunya telah mengurung mangsa di dalam rumah selama setahun setengah, dan memaksa mangsa untuk menggugurkan kandungan tersebut.

Setiap pelanggan yang menggunakkan perkhidmatan seks ini,mereka akan dikenakan bayaran sebanyak NZ$200 (RM570).Mereka akan mencari pelanggan melalui iklan yang terdapat di dalam Craigslist serta akhbar The NZ Herald.

Ada kalanya keuntungan yang mereka perolehi sehingga mencecah NZ$100,000 (RM285,000),wang tersebut akan diguna pakai untuk membayar sewa serta bil-bil yang tertunggak.

Walau bagaimanapun,remaja berkenaan berjaya melarikan diri pada bulan November 2016. Sumber-Harian Metro.Editor- Nora