Ibu Bapa Kejam!!! Abaikan Anak Selepas Terima Sumbangn Orang Ramai



Ibu bapa kejam, itu yang boleh digambarkan kepada pasangan ibu bapa ini apabila tidak merawat penyakit anak mereka selepas terima sumbangan orang.

Kejadian ini dikatakan berlaku di Henan, China wilayah terpencil di Taikang, menurut laporan Sinar Harian, ibu bapa warga China itu merayu sumbangan orang ramai bagi merawat anak mereka yang menghidap tumor di mata.

Malah pasangan ptu didakwa enggan menggunakan wang tersebut untuk membiayai rawatan anaknya itu.

Pasangan itu dikatakan menerima sumbangan berjumlah 150,000 yuan (RM 92,750) bagi merawat anak kecil mereka bernama Yaya yang menghidap tumor di mata.

Bagaimanapun, setelah wang berjaya dikumpul, ibu bapa kanak-kanak berusia tiga tahun itu enggan membawanya ke hospital bagi menjalani kemoterapi dengan alasan rawatan tersebut terlalu menyakitkan serta mahal.

Sementara itu, Yangtse Evening Post mengatakan pasangan terbabit mengeluarkan 23,000 yuan (RM 14,221) dari jumlah yang diterima namun tidak dapat dipastikan untuk apa wang tersebut digunakan.

Apabila didesak penderma agar Yaya dibawa ke hospital segera, si ibu tergamak mereka cerita anak itu telah meninggal dunia.

Malah mereka turut meminta sumbangan sebanyak 600 yuan (RM 371) untuk menguruskan 'mayat' Yaya.

Laporan polis telah dibuat penderma yang tidak berpuas hati dengan tindakan pasangan itu dan anak kecil itu kini menerima rawatan di sebuah pusat kesihatan.

Namun malangnya doktor mendapati Yaya tidak lagi dapat dirawat melalui pembedahan atau kemoterapi kerana tumor telah merebak ke bahagian otak. - Sinar Harian