"I Pernah Menang Melukis Di Kanada" - Anzalna Lepas Geram Netizen Ragui Bakatnya


Nur Anzalna Md Nasir atau lebih mesra dipanggil Anzalna Nasir di lahirkan pada 9 Januari 1988 adalah seorang model dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja pada 2009/2010 bersama-sama dengan pelakon Neelofa, Izara Aishah, dan Syatilla Melvin.

Sebelum ini Anzalna pernah menafikan bahawa dia berbadan dua dan sekiranya dia mengandung sudah pasti akan diwar-warkan kepada seluruh peminatnya yang menantikan perkhabaran itu.

Sememangnya nama pelakon cantik ini jarang sekali mencetuskan kontroversi panas di dalam industri tahan air.

Baru-baru ini salah seorang daripada netizen telah mempertikaikan bakal melukis Anzalna.

Gambar lukisan pemandangan yang telah dimuat naik oleh pelakon cantik ini dikatakan palsu dan bukan hasil seni daripada tangannya malah Anzalna juga di tuduh telah mengambil gambar tersebut di dalam Internet.

Bagaimanapun, Anzalna telah menawarkan wanita tersebut hadiah lumayan sekirannya dia dapat membuktikan bahawa lukisan tersebut adalah hasil karya daripada orang lain.

Kata Anzalna menerusi laman Instagaramnya "Lukisan tak berapa elok macam ni pun dia nak cakap I curi! Bukan hebat mana pun kita lukis!.

Buat pengetahuan anda semua Anzalna pernah memenangi pertandingan melukis sewaktu beliau menetap di Kanda dahulu.

Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut juga telah mencabar Anzalna membuat video bagi membuktikan samada dia pandai meluksi atau sebaliknya.

"I tak buat fitnah.Tapi I pernah nampak art exactly dekat Instagram.It's ok, kalau tak percaya You suruhlah Anzalna buat video lukis sama dalam gambar itu," tulis netizen tersebut.

"Kita malas la nak berlagak tapi nak bagitau juga kat awak takkan semua benda nak kena video!"bals Anzalna ketika wanita tersebut memperlekehkan kebolehanya.

Gambar lukisan yang dimuat naik oleh Anzalna telah mendapat 13,852 'likes' di akaun peribadi miliknya.Editor-Sofia