"Hulurkan Sedikit Bantuan Agar Anak Kami Dapat Meneruskan Kehidupannya"


KUALA LUMPUR- Hati ibu mana yang sanggup melihat bayinya yang berusia 27 hari terpaksa menanggung penderitaan masalah jantung dalam usia yang sangat muda.Tambahan lagi, Ermal Ermiral Azhar, 29, ibu kepada bayi comel ini terpaksa berulang alik ke hospital meskipun dalam berpantang bagi melihat perkembangan anaknya.

Walaupun,badanya masih lagi lemah selepas melahirkan aanknya pada 3 April yang lalu,wanita tabah ini tetap menguatkan semangat untuk melihat anaknya dari Perumahan Awam Seri Johor ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Menurut suaminya,Muhammad Yusman Ab Rahman, 29, berkata, sejak lahir lagi anak bongsunya ini,Nur Eliya Daruisha hanya berada di dalam Unit Rawatan Rapi Neonatal hospital kerana perlu bergantung hidup sepenuhnya menggunakan mesin bantuan pernafasan.

"Berat anak kami 1.94 kilogram dan dia dilahirkan cukup bulan,namun disebabkan mempunyai masalah jantung berlubang dan saluran pernafasan sempit membuatkan tumbesarannya menjadi tidak normal seperti bayi yang lain.Hidupnya hanya akan bergantung kepada mesin pernafasan bagi meneruskan hidup".

"Sejak dia dilahirkan lagi,badannya penuh dengan bermacam wayar dan dia hanya akan diberikan susu badan isteri yang di salurkan sahaja'.

Bagaimanapun,menurut doktor pakar pihaknya menyarankan supaya bayi ini menjalankan pembedahan segara bagi menutup beberapa lubang jantung namun,perlu menunggun beratnya mencecah 2.5 kilogram.

"Kata doktor peluang anak kami nipis,cara terbaiknya ada dengan melakukan pemebedahan segera sebaik sahaja beratnya mencecah berat tersebut.

Kos pembedahan anak bongsu nya itu mencecah RM150,000 dan mereka masih lagi buntu mencari bantuan.

"Memandangkan pendapatan saya hanya RM1,350 sebulan sebagai mekanik bengkel membaiki kenderaan ianya tidak mencukupi bagi menampung kos pembiayaan pembedahan ".

Pelbagai cara telah dilakukan bagi mengumpul wang pembedahan sehinggalah meminta bantuan di Facebook,dan mereka berjaya mengumpul wang berjumlah RM4,600.

"Hati ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya hidup normal seperti bayi lain,namun saya anggap ini sebagai satu ujian daripadaNya buat kami sekeluarga".

"Di harap rakyat Malaysia dapat memberikan sedikit bantuan bagi anak kami dapat meneruskan kehidupannya,selain itu saya juga memohon anda mendoakan anak kami dapat diselamatkan".

Sekiranya orang ramai mahu meringankan beban pasangan ini,anda boleh menyumbangkan deram ke akaun BSN 1400341000030814 atas nama Ermal Ermiral atau ke akaun Maybank 114384163269.Ediotr-Sofia