Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Ahad, 22 April 2018

Hukuman Mati Ke Atas Perogol Budak Di India Diluluskan


INDIA - Kerajaan hari ini bertindak meluluskan hukuman mati ke atas perogol kanak-kanak selepas insiden rogol dan bunuh Asifa Bano,8, serta siri serangan seksual lain yang mengerikan hingga mencetuskan kemarahan seluruh negara.

Keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri, Narendra Modi memanggil mesyuarat Kabinet selepas beliau kembali dari Sidang Kemuncak Komanwel.

Pindaan ke atas undang-undang keganasan seksual itu diluluskan untuk membenarkan hukuman mati ke atas mereka yang di sabit bersalah kerana memperkosa kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

Selain itu, hukuman penjara ke atas perogol turut diperketatkan.  Bagaimanapun perlu mendapat kelulusan presiden.

Perbicaraan melibatkan mangsa yang akan di selesaikan dalam tempoh dua bulan selepas penangkapan suspek.

Perintah itu akan terus berkuatkuasa selama enam bulan selepas diluluskan presiden atau sehingga Parlimen mengubahnya menjadi undang-undang.

Sejak beberapa bulan lalu, empat negeri di India telah memperkenalkan undang-undang sama di Parlimen tempatan untuk meluluskan hukuman mati ke atas perogol kanak-kanak. Sumber: AFP - Editor: Azrai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan