Hobi Pelik Kerani Lelaki Curi Dan Pakai Pakaian Wanita Terbongkar.


SUBANG JAYA - Hobi pelik seorang lelaki yang suka mencuri dan memakai pakaian wanita terbongkar apabila dia berjaya ditangkap sepasukan anggota polis yang kebetulan melakukan operasi cegah jenayah, di Bandar Sunway di sini, awal pagi tadi.

Gerak geri suspek yang mencurigakan sebelum itu di perhatikan anggota polis sebelum tindak-tanduknya dihidu dan terus di intip dan di perhatikan antara jam 4.30 pagi hingga 4.50 pagi.

"Pasukan polis bertindak mendekati dan mengepung suspek di luar pagar rumah serta merampas tujuh helai pakaian pelbagai jenama di tangannya.

"Hasil siasatan, suspek yang berusia 25 tahun bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta mengaku mencuri pakaian tersebut dengan alasan beliau mempunyai satu hobi suka memakai pakaian wanita. Suspek juga mengaku pernah mencuri pakaian wanita di Kampar, Perak sebelum ini ketika tinggal di sana," katanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, suspek berjalan kaki dalam keadaan mencurigakan di PJS 9 di sini dan terus menceroboh masuk sebuah rumah dengan memanjat pagar depan kediaman berkenaan.

Hasil intipan, suspek didapati mengambil beberapa helai pakaian tergantung di ampaian baju sebelum memanjat semula pagar untuk keluar dari rumah tersebut.

"Pemeriksaan dalam bilik sewa suspek menemui beberapa helai pakaian wanita, suspek mengaku dia mencuri pakaian itu namun gagal mengingati lokasi dia melakukan jenayah tersebut.

Mohammad Azlin berkata, polis kemudian ke rumah suspek yang tinggal di kawasan perumahan sama menemui tiga beg penuh dengan pakaian wanita.

"Bagi kes terbaru rumah mangsa tidak mempunyai CCTV namun pemilik akan dihubungi polis bagi membuat pengecaman pakaian dirampas daripada suspek," katanya kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Sumber: Sinar Harian - Editor: pe'ah