Hasrat Remaja Berusia 14 Dan 15 Tahun Ini Untuk Berkahwin Tidak Kesampaian


INDONESIA- Semalam tular di media sosial mengenai pasangan muda yang berhasrat mahu mendirikan rumah tangga dalam usia yang begitu muda atas alasan takut untuk tidur bersendirian.

Namun,hari ini perkahwinan mereka terpaksa ditangguhkan kerana dokumen kebenaran nikah belum ditandatangani oleh pegawai daerah setempat.

Pasangan mudah yang dikenali sebagai, Syamsuddin, 15, dan pasangannya Fitra Ayu, 14, terpaksa menagguhkan perkahwinan mereka sehinggalah dokumen tersebut ditandatangan oleh pegawai daerah Bantaeng (Indonesia).

Menurut laporan dariapada portal TribunBantaeng.com,pada Khamis yang lalu mereka telah pun menghadiri kelas Bimbingan Perkahwinan seperti mana yang diarahkan,hari ini mereka hadir sekali lagi bagi urusan pernikahan dengan diiringi oleh penjaga masing-masing.

Menurut pasangan mudah ini,mereka mengambil keputusan untuk berkahwin bukan kerana dipaksa tetapi atas kerelaan masing-masing.

Tambahnya lagi,disebabkan ibu Fitra Ayu telah meninggal dunia dan ayahnya sering keluar daerah atas urusan kerja,gadis muda ini takut untuk melelapkan matanya oleh itu,mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.

Pernikahan pasangan muda ini tetap akan berjalan seperti biasa,namun mereka perlu mendapatakan tandatangan daripada pegawai daerah.Sumber- Harian Metro.Editor-Nora