"Hari Paling Bahagia Dalam Hidup Saya, Impian Menjadi Kenyataan"-Nelydia Senrose


Nik Zaris Nelydia Binti Nik Sen dilahirkan pada 30 Julai 1994 atau lebih dikenali sebagai Nelydia Senrose ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Nelydia adalah adik kepada Uqasha Senrose, yang juga seorang pelakon.

Pelakon jelita ini mula melonjak naik sejak tahun 2007 dalam beberapa drama di televisyen melalui drama Setia Hujung Nyawa memegang watak sebagai Ersalina.

Sebelum ini pelakon berbakat besar ini pernah digosipkan dengan seorang jutawan muda yang dikenali sebagai Mr.H ,namun sejauh mana keakraban mereka hanya mereka berdua sahaja yang tahu.Sebaliknya Nelydia sendiri tidak menolak sekiranya jutawan muda itu adalah jodoh terbaik buat dirinya.

Walaupun sibuk dengan kerja seharian Nelydia tidak akan melepaskan peluang untuk bercuti ke luar negara bagi menenangkan fikirannya.

Terbaru, Nelydia dikatakan telah memuat naik satu gambar dijarinya ada sebentuk cincin dan menulis dengan kapsyen "Happiest day of my life,deams do come true" tulisnya di lama Twitter.

Rata-rata peminat mengucaplakn tahniah kepada pelakon cantik ini. Walau bagaimana pun,perkongsian gambar ini juga telah mendatangkan tanda tanya kepada para peminat bila Nelydia akan mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya.

Sekiranya benar akan perkhabaran ini,tahniah diucapkan buat Nelydia.Editor: Nora